Muzium Polis Diraja Malaysia

Jumaat, 30 April 2010 0 comments

Muzium Polis DiRaja Malaysia merupakan sebuah muzium yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di Jalan Perdana, antara Masjid Negara dan Taman Tasik.
Muzium Polis DiRaja Malaysia telah diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950. Muzium Polis DiRaja Malaysia kemudiannya dirasmikan pembukaannya 9 Januari 1961 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3.
Muzium ini mempamerkan beribu-ribu barangan menarik berkait dengan janayah dan menghalang jenayah. Terdapat himpunan menarik semua perkara berkenaan kerja polis, dari zaman kesultanan sehingga hari ini, menggambarkan kejadian dan mempamerkan memorabilia.
Koleksi senjata mempamerkan senjata-senjata yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dan juga yang dirampas. Selain itu terdapat juga koleksi anugerah yang diperolehi oleh anggota polis turut dipamerkan. Pingat-pingat seperti Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Pingat Gagah Berani, Service Medal dan King's Police Medal turut dipamerkan.
Perjuangan dan pengorbanan anggota polis dan kerjasama masyarakat tempatan turut diberikan perhatian dalam Era Darurat dan Tragedi Bukit Kepong.
Galeri Muzium Polis DiRaja Malaysia terbahagi kepada 3 galeri iaitu galeri A, B dan C. Terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium. Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sankey, Kapal terbang CESSNA, Meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM. Dataran perwira mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas.
Sebuah Muzium Muzium Polis DiRaja Malaysia yang baru telah dibina pada tahun 1983, diilhamkan oleh Tun Hanif Omar di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Venning. Muzium Polis DiRaja Malaysia itu siap dibina dan dibuka pada orang awam pada 2 Oktober 1998. Muzium Polis DiRaja Malaysia ini telah dirasmikan pada 24 Julai 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi.
Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB