Pasukan Gerakan Marin - PGM

Jumaat, 23 April 2010 1 comments


Pasukan Polis Marin adalah salah satu pasukan keselamatan di dalam cawangan Polis Diraja Malaysia. Pasukan yang berkhidmat dibawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ini berperanan menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman yang tidak diingini.

Sejarah

Pasukan Polis Marin telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1947 dengan jumlah keanggotaan seramai 90 pegawai dan anggota dan 19 buah bot laju, sumbangan Jabatan Kastam dan Tentera Laut Simpanan Diraja Persekutuan (kini Tentera Laut Diraja Malaysia yang ketika itu masih dibawah pengaruh British). PPM ditubuhkan untuk mengawal perairan negara dengan mengekalkan keamanan, menegakkan undang-undang dan memberi perlindungan nyawa dan harta benda di laut, membuat serbuan dan operasi di sepanjang pantai dan pulau serta mempertahankan negara dari serangan anasir-anasir laut, khasnya lanun dan pendatang asing tanpa izin serta mencegah penyeludupan dari laut. Kini PPM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota Pangkat Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot ronda kelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah pangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan kecil dan 24 pangkalan hadapan.

Comments
1 Comments

1 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB