TAHUKAH ANDA ? - PENGERTIAN TEMA TEGAS ADIL DAN BERHEMAH

Rabu, 21 April 2010 0 comments

Pengertian Tema Tegas, Adil dan Berhemah
TEGAS (FIRM)
Bermaksud sebagai pengaman (safe/peace) dan penjaga keselamatan (secure) yang menguatkuasakan (enforce) kedaulatan undang-undang, tubuh kerajaan memerintah dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, setiap pegawai dan anggota pasukan adalah terdedah kepada persekitaran tugas setempat dan kepelbagaian jenis masyarakat yang perlu dilayan, dikawal atau diawasi sepanjang masa. Mengambil semangat yang terkandung dalam etika perkhidmatan pasukan, serta memperakui harapan setiap insan dan lapisan masyarakat baik dalaman dan luar negara untuk mempunyai pasukan Polis yang profesional, maka sikap tegas adalah sikap yang wajib dimiliki, diperlihatkan dan diamalkan oleh semua. Ia diasaskan kepada pengetahuan yang mendalam akan sumber dan kanun perundangan bagi memantapkan keyakinan dalam membuat keputusan setelah menimbangkan keadaan sesuatu peristiwa dan kes. Ia diperkukuhkan dengan pengalaman pasukan dan kepimpinan sepanjang tugasan.


ADIL (FAIR)
Boleh ditafsirkan seperti berikut, sebagai sebuah institusi yang wujud dari kesepakatan tiga paksi sebuah negara, iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari, yang membentuk sebuah kerajaan, mempunyai sifat adil adalah satu nilai murni yang mewarisi tonggak-tonggak etika dan integriti sejak zaman berzaman. Ia menjadi kata kunci kepada semua niat, buah fikiran, perilaku perbuatan dan tindakan berterusan semua pemimpin dan anggota pasukan. Ia membentuk gerak kerja yang tekal dan telus kerana setiap tujuan siasatan, pencegahan dan gerakan difokuskan bagi mencapai sabitan kes yang dihakimi secara saksama mengambilkira segala butiran bukti, perakuan sukarela pihak berkaitan dan kebenarannya.


BERHEMAH (COURTEOUS)
Adalah sikap tegas dan sikap adil yang difahami benar dan diamalkan sentiasa akan menghasilkan diri peribadi dan susunan struktur institusi pasukan Polis yang beradab, iaitu yang saling hormat menghormati dan mempercayai, mengambil berat sesuatu perkara dan semua manusia yang mempunyai interaksi atau hadir dalam ruang tugas rasmi. Tabiat berhemah pasukan ini membolehkan persepsi masyarakat dapat dihargai dan diperakui sebagai satu petanda ukuran kecekapan dan keberkesanan setiap tindakan dan keputusan. Ia akan membentuk anggota yang jujur dengan realiti semasa dan kemungkinan masa depan yang berubah. Ia juga boleh menjadi sumber rasa bangga berkhidmat sebagai warga pasukan Polis Diraja Malaysia.
Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB