TAHUKAH ANDA ! KONSEP 4P | POLIS DIRAJA MALAYSIA |

Selasa, 7 Disember 2010 1 comments
Konsep 4P 
Merujuk kembali ungkapan pertama YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 13 September 2010, beliau berjanji akan bekerja berasaskan kepada 3 elemen,iaitu pertama; berpaksikan kepada bidangkuasa yang diperuntukan oleh undang-undang, kedua; memastikan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan ketiga; menentukan kesejahteraan rakyat dan negara.

Sebagai mengulas mengenai elemen ketiga-tiga ungkapan tersebut dalam memberi perkhidmatan terbaik, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar pada 30 September 2010 telah melancarkan 4P iaitu satu hala tuju PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai kesinambungan kepada misi dan visi PDRM. YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar juga menyeru agar semua lapisan warga Polis Diraja Malaysia menjiwai serta melaksanakan Konsep 4P iaitu:

1. Protective
2. Performance and outcome oriented
3. Proactive
4. People oriented

Protective
Seorang pegawai polis hendaklah bersikap protective dan pelindung kepada semua lapisan masyarakat. Semangat (spirit) ini sebenarnya tersirat di dalam peruntukan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, di mana peranan polis adalah untuk menjaga keselamatan, ketenteraman dan sebagai penguatkuasa undang-undang. Sebagai pelindung, PDRM seharusnya mampu menanam keyakinan kepada orang ramai dan seterusnya berupaya untuk mendapatkan penghormatan, sanjungan dan dihargai oleh masyarakat.

Performance and Outcome Oriented
Bakti seorang pegawai polis hendaklah berteraskan kepada keupayaan untuk melaksanakan tugas yang terbaik dan berprestasi tinggi. Menjadikan integriti sebagai amalan dan berpegang kepada motoTegas, Adil dan Berhemah. Demikian itu, organisasi berupaya untuk menjana hasil yang bermutu berasaskan kepada:

a. Penetapan sasaran (Target setting)

b. Petunjuk IndeksPrestasi (KPIs)

c. Pencapaian berperingkat yang boleh diukur (Milestone)

d. Keberhasilanberkualiti (Quality results)

Proactive
Menyedari cabaran semasa yang sentiasa berubah-ubah dari sudut senario politik, sosial, ekonomi dan sebagainya, maka PDRM perlu bersifat proaktif,kreatif dan inovatif dalam perlaksanaan semua bentuk tugas kepolisan.

People Oriented
Sejajar dengan konsep Gagasan 1 Malaysia, di mana モRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakanヤ,maka segala urusan dan tugas adalah semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.

Adalah menjadi hasrat YDH Ketua Polis Negara agar mesej ini dijadikan agenda utama dalam semua forum di peringkat kontinjen, formasi dan daerah.

Comments
1 Comments

1 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB