TAHUKAH ANDA !!! SEJARAH MAKMAL FORENSIK PDRM

Khamis, 30 Disember 2010 2 comments
Bermula pada tahun 1974, tercetusnya ilham penubuhan Makmal Forensik PDRM oleh Ketua Polis Negara ketika itu iaitu YDH Tun Haniff Omar yang mana diharapkan dapat membantu mengurangkan beban kerja penyiasatan yang dihadapi oleh makmal Jabatan Kimia dan hospital seluruh negara. Selain itu penubuhan makmal ini juga diharapkan dapat membantu dalam penyiasatan yang lebih saintifik. Namun begitu hanya pada tahun 1986 penubuhannya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kimia dan semua Hospital Besar. Pada tahun 1987 makmal kecil yang dikenali sebagai Makmal Latihan ditubuhkan di Maktab Siasatan Jenayah di PULAPOL, Kuala Lumpur. Di Makmal Latihan inilah pegawai-pegawai polis diberikan latihan berhubung sains forensik yang tidak hanya terhad kepada forensik kimia tetapi termasuk juga forensik pathologi.

Makmal ini telah digunakan untuk demonstrasi dan latihan dalam bidang "Plaster Casting", pengesanan cap jari, Pengajian Balistik, Pengajian Keterangan Pecahan Kaca, Serpihan Cat, "Blood Spatter Pattern". Perbandingan sampel dengan menggunakan Mikroskop dan lain-lain.

Pada tahun 1994, Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor telah meluluskan penubuhan Makmal Forensik PDRM dan hanyalah pada tahun 1996 barulah pihak Kementerian Dalam Negeri meluluskan cadangan itu. Tan Sri Rahim Noor telah merasmikan tapak pembinaan Makmal Forensik PDRM pada 23 September 1997.

    

Pada tahun yang sama Syarikat Rofin dari Australia telah ditawarkan Surat Niat bagi membekalkan peralatan dan latihan dalam menyediakan Makmal Forensik PDRM yang boleh beroperasi. Langkah yang seterusnya ialah perlantikan Timbalan Pengarah 1 JSJ sebagai pengerusi jawatankuasa penubuhan pada tahun 1998. Pada tahun 1999 bermulalah pembinaan Makmal Forensik PDRM.
    
    Makmal Forensik PDRM telah mengalami perkembangan pesat. Peralatan yang telah di tauliah pada 30 Jun 2001 telah mula digunakan. Semua peralatan yang berharga RM15.0 juta telah diterima dan diperiksa. Bangunan Makmal Forensik PDRM telah diserahkan kepada kerajaan pada 30 Mei 2001. Majlis rasmi penyerahan telah diadakan pada 21 Februari 2002.



    Sebagai langkah permulaan penubuhan, seramai 28 orang pegawai telah dihantar untuk menjalani Kursus Asas Forensik Sains dan Pengendaliaan Makmal di Victoria Forensic Science Centre, Melbourne, Australia. Di sana pegawai-pegawai didedahkan dengan kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengendaliaan peralatan dan juga pengenalan terhadap apa itu sains forensik.
    Sebagai lanjutan kepada kursus yang telah dianjurkan satu lagi Kursus Forensik telah diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia yang dihadiri seramai 34 orang pegawai selama 3� bulan. Kursus ini telah diadakan pada Mac 2001. Pada 16 April 2001 semua pegawai-pegawai yang telah dipilih melapurkan diri dan memulakan operasi Makmal Forensik.


    Pada 12 Mei 2005 maka bermulalah sejarah baru apabila YDH IG Tan Sri Mohd Bakri bin Hj. Omar telah merasmikan Makmal Forensik PDRM.
Comments
2 Comments

2 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB