SASARAN PENURUNAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA PADA MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Khamis, 27 Januari 2011 0 comments

PETALING JAYA, 26 Januari 2011 - Ops Sikap ke-23 diharapkan dapat menurunkan kadar kemalangan maut pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Berikut adalah harapan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Polis DiRaja Malaysia (PDRM), YDH CP Dato' Khalid Abu Bakar berkenaan objektif utama Ops Sikap ke-23 yang dilancarkan di Dewan Bankuet, Bangunan Persada PLUS di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mewakili PDRM turut mengharapkan usaha-usaha seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang demi memastikan matlamat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini tercapai. Menyentuh mengenai Ops Sikap ke-23, YDH Dato' Khalid turut menjelaskan pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, dijangkakan jumlah kenderaan yang lebih banyak di jalan raya dan ini menyumbang kepada peningkatan risiko berlakunya kemalangan.

Sehubungan itu, PDRM sentiasa berusaha mengambil langkah sewajarnya dalam mengurangkan kadar kemalangan serta memastikan pengguna jalan raya sentiasa berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. Menurutnya lagi, daripada statistik Ops Sikap ke-19 pada 2009, jumlah kemalangan adalah sebanyak 14,618 kes dengan jumlah kemalangan maut sebanyak 198 kes yang melibatkan kematian seramai 212 orang berbanding Ops Sikap ke-21 pada 2010, jumlah kemalangan adalah sebanyak 14,183 kes, iaitu penurunan sebanyak 435 kes dengan jumlah kemalangan maut sebanyak 179 kes, menunjukkan pengurangan 19 kes berbanding tahun 2009.
Tahun 2010 juga mencatatkan kematian seramai 201 orang, menunjukkan pengurangan seramai 11 orang dan kali ini, PDRM telah menyusun beberapa strategi yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melalui pendekatan secara stategik 'creative enforcement' dengan penglibatan pegawai dan anggota polis dari pelbagai cawangan.

PDRM akan melaksanakan tugas secara;
- rondaan dengan kehadiran polis di sektor Ops Sikap.
- Strategi dan penguatkuasaan sepanjang ops adalah berterusan dan dilakukan secara 'overt dan covert'. 
- Penekanan penguatkuasaan 'POBC' (Perception Of Being Caught) terhadap motosikal, motokar dan juga pejalan kaki.

Dalam konteks ini juga, PDRM juga akan memfokuskan kepada 6 kesalahan di sepanjang Ops Sikap 23 ini; 
 - kemalangan jalan raya.
 - pemanduan yang melebihi had laju. 
 - tidak mematuhi isyarat lampu merah.
 - memotong garisan berkembar.
 - memotong barisan
 - menggunakan lorong kecemasan.

Selain daripada itu, PDRM juga akan menggunakan 19 menara pemerhati polis untuk membuat pemantauan di jalan-jalan persekutuan dan juga di lebuh raya serta mempertingkatkan rondaan penguatkuasaan trafik dan sekatan jalan raya dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, PLUS, St. John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Miros dan lain-lain lagi.
 
Kesedaran juga dipupuk kepada pengguna jalan raya dengan memberikan nasihat kepada pesalah-pesalah trafik yang telah disaman, dengan harapan akan memotivasikan mereka supaya lebih berhemah di masa hadapan.  YDH CP Dato' Khalid juga menekankan pentingnya fokus strategi Ops Sikap dengan konsep 'creative inforcement' bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna jalan raya dalam konteks 'omni presence of police'- kerjasama masyarakat dalam membendung berlakunya kemalangan.

Di akhir ucapannya, beliau menyarankan pengguna jalan raya mengambil inisiatif dengan mematuhi segala peraturan jalan raya bukan hanya ketika melihat kehadiran polis, tetapi setiap kali berada di jalan raya, sepertimana slogan Ops Sikap - 'Selamat Sampai Di Destinasi'.
Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB