Memantapkan lagi Unit Kereta Peronda (MPV) PDRM

Khamis, 24 Mac 2011 0 comments
Cheras - 21 Mac 2011

Unit Kereta Peronda (MPV) berfungsi sebagai barisan hadapan  (front liner), yang bertindak sebagai first-responder PDRM dan mengendali serta menangani segala kejadian yang dilaporkan kepada pihak Polis melalui Pusat Kawalan DCC/CCC dan MCC.


Unit Kereta Peronda ini juga bertindak sebagai penggerak utama dalam konteks pencegahan jenayah melalui konsep police omni-presence, mobile information centre, mobile bit base, face to face reporting, stop and talk serta sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTP).


Semenjak tahun 2004 hingga 2008, terdapat 9 bengkel yang dianjurkan oleh Cawangan Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, telah berjaya menghimpunkan arahan-arahan/prosedur kerja MPV. Pada tahun 2008, arahan-arahan/prosedur kerja MPV yang telah dikumpulkan itu telah disusun semula untuk dijadikan sebagai satu Kod Tugas (Codified Task) yang standard.


Selaras dengan itu, YDH Ketua Polis Negara telah mengarahkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa untuk menyemak dan menilai  arahan-arahan/prosedur kerja MPV yang telah disusun pada awal bulan Mei 2009. Jawatankuasa yang ditubuhkan itu dinamakan Jawatankuasa Penyemak dan Penilai yang terdiri daripada wakil-wakil cawangan dari Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah.


Pagi ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras, satu taklimat  dari Jawatankuasa Penyemak/Penilai kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili YDH Ketua Polis Negara iaitu Taklimat Deraf Cadangan Penambahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A 112A - Unit MPV.


Taklimat telah disampaikan oleh Superintendan Mohd Anuar bin Osman, Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan KDN/KA. Antara yang disampaikan ialah Tambahan A 112A-Unit MPV yang menyentuh Bab I: Pentadbiran dan Penyelarasan, Bab II: Titik Cetus (Flash Point) dan Bab III: Standard Operating Procedures (S.O.P).


Sebanyak 51 perkara arahan-arahan/prosedur kerja MPV yang merupakan S.O.P/M.P.K terdapat pertindihan beberapa arahan. Setelah disemak oleh Jawatankuasa Penyemak/Penilai, hasil dari 9 bengkel yang diadakan, arahan-arahan/prosedur kerja MPV dijadikan sebagai 14 perkara. Disamping itu Jawatankuasa Penyemak/Penilai berpendapat 4 lagi S.O.P / M.P.K juga perlu diberi tumpuan iaitu semasa tindakan 'hot pursuit', pemintasan dan sekatan, menahan, memeriksa dan menangkap kenderaan/individu dan tindakan di tempat kejadian yang dilaporkan baru berlaku.


Sementara itu, objektif Perintah Tetap Unit MPV ini adalah untuk memantapkan Urus Tadbir Modal Insan dan Harta Modal bagi peningkatan imej PDRM (image building), memperkasakan kapasiti pengetahuan dan kemahiran (capacity building) dan melaksanakan tugas berdasarkan Konsep 4P sebagai dasar transformasi dari perspektif budaya kerja PDRM bagi mencapai dan meningkatkan mutu perkhidmatan.


Turut hadir di majlis ini ialah YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan, YDH  Dato' Timbalan-timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Setelah selesai taklimat, YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah dibawa melawat pameran prototype cadangan kereta peronda berkonsep baru serta presentasi peralatan Patrolmen MPV dan kenderaan MPV oleh vendor-vendor, antaranya ialah Naza Kia, Proton, UMW Toyota Motor, SGT Power, Lava Systems dan Salisa Trading Sdn. Bhd.

Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Pengarah-pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan

Bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara sebelum memulakan mesyuarat

YDH Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat 

Antara yang hadir mesyuarat pada pagi ini

Ucapan aluan oleh YDH CP Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA)

Taklimat Jawatankuasa Penyemak/Penilai S.O.P & M.P.K, MPV disampaikan oleh YDH Supt. Mohd Anuar bin Osman, Penolong Pengarah Gerakan JKDNKA 

Mesyuarat pagi yang dipengerusikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Antara AJK yang terlibat di dalam Taklimat Deraf Cadangan Penambahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A 112A - Unit MPV.


Presentasi peralatan Patrolmen MPV dan Kenderaan MPV 

MPV model Proton Inspira yang diubahsuai dengan kelengkapan moden dan canggih

Kia Sportage..Prototype kereta peronda berkonsep baru

Kereta Kia Forte...antara cadangan memantapkan kenderaan Unit MPV

Canggih...Sistem live view menerusi perakam video yang dipasang pada kereta MPV, disalurkan terus menggunakan jalur tanpa wayar ke Pusat Kawalan 

Antara yang dipamerkan...Papan tanda digital "Berhenti, Pemeriksaan Polis"

Antara alat tambahan kelengkapan krew MPV yang dicadangkan

Magnum Spikes..kenderaan yang melanggar MS akan berhenti dalam jarak tidak lebih 275 meter 

Mendengar penerangan daripada Vendor

Toyota Camry yang diubahsuai menjadi kenderaan MPV

Antara peralatan tambahan yang terdapat di dalam kenderaan Toyota Altis

Sistem perkomputeran canggih di dalam Proton Inspira

Dalaman Kia Forte

MPV Inspira..Dinding penghalang dan ruangan yang sempit bagi menghadkan pergerakan penjenayah yang ditangkap 

Set kelengkapan dimuatkan di dalam beg khas semasa tugas

Dilengkapi dengan litar perakam

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Jurufoto/Penyunting  : L/kpl Edwind Indo

Sumber Daripada : LAMAN RASMI PDRM
Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB