Majlis Persaraan KPB Tambun - SM Hamdan Johan

Ahad, 24 April 2011 0 comments

Tambun, 23.04.11 - Bertempat di Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak telah diadakan satu majlis yang cukup bermakna dan penuh dengan sejarah tersendiri. Majlis yang amat kegemilangan ini adalah bagi meraikan Majlis Persaraan Ketua Polis Balai, Balai Polis Tambun SM Hamdan Bin Johan yang akan bersara pada bulan Jun ini, Beliau akan menjalani cuti persaraan bermula 29.04.2011 sehinggalah beliau bersara. SM Hamdan Bin Johan telah berkhidmat di Balai Polis Tambun selama 6 tahun 1 bulan dan merupakan Ketua Polis Balai yang sentiasa mudah didampingi samada dikalangan anggota mahupun orang awam. Balai Polis Tambun kini kehilangan besar seorang Ketua Polis Balai yang amat dedikasi serta mempunyai kreativiti didalam melaksanakan tugas-tugas besar. Kami bagi pihak Balai Polis Tambun mengucapkan sekalung Tahniah dan Ucapan Terima Kasih di atas jasa-jasa yang selama ini diberikan oleh Beliau.

Selamat Bersara
Jasamu Sentiasa Di Kenang




Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB