Majlis Penyerahan Pondok Polis Gerbang Malam

Selasa, 3 April 2012 0 comments

IPOH – 02 April 2012. Bertempat di Gerbang Malam, Ipoh telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penyerahan Pondok Polis oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Roshidi bin Haji Hashim, Datuk Bandar Ipoh kepada Ketua Polis Perak

YDH SAC Dato’ Pahlaw
an Zakaria bin Yusof, Pemangku Ketua Polis Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Bandaraya Ipoh khususnya Yang Berbahagia Dato’ Haji Roshidi bin Haji Hashim, Datuk Bandar Ipoh di atas daya usaha dan komitmen membina pondok polis dalam membantu pihak PDRM Kontinjen Perak bagi mengurangkan kadar jenayah.

Majlis pada pagi ini adalah satu strategi laut biru (Blue Ocean Strategy) di antara Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Perak dan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Majlis Bandaraya Ipoh kerana mengambil inisiatif untuk membina pondok polis ini yang akan membantu menjayakan aspirasi Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebuah bandaraya yang selamat. Selain itu juga, penubuhan pondok polis ini juga membolehkan masyarakat lebih dekat dengan PDRM dan segala permasalahan dan maklumat dapat di salurkan dengan lebih cepat dan efektif

Turut hadir Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Rahim bin Md. Ariff, Setiausaha Bandaraya Ipoh, Supt. Ahmad Termizi bin Abd. Haq, Timbalan KPD (Pentadbiran) Ipoh, Pegawai-pegawai kanan dan anggota polis serta masyarakat setempat.



Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB