KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PDRM 2012

Khamis, 28 Jun 2012 0 comments
Komitmen Kolektif, PDRM Inovatif

Kuala Terengganu - 25 Jun 2012

Menuju usaha-usaha untuk meningkatkan budaya inovasi dalam pasukan dilaksanakan secara terangkum dan menyeluruh, tersusun, terancang serta berterusan, Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan 'Pelan Pengurusan Inovasi PDRM Bagi tahun 2012-2015' yang telah di umumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara pada petang ini, mewakili Ketua Polis Negara sempena Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia 2012 di Cindai Ballroom,Ri-Yaz Heritage Resorts & SPA, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Pelan yang dibentuk berlandaskan 6 teras strategik, 10 objektif strategik, 10 KPI dan 14 program akan dinilai pencapaian pelaksanaannya berasaskan petunjuk prestasi utama yang mempunyai sasaran tertentu untuk dicapai melalui beberapa program yang diwujudkan kearah pencapaian objektif strategik inovasi yang disasarkan.

Hadir di majlis tersebut, Dato'-Dato' Pengarah PDRM. YDH SAC Dato Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan), YDH SAC Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Inovasi PDRM Tahun 2012. 

Turut hadir, Y.Bhg Dato' Mohd Razali bin Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Ketua-Ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan serta tetamu jemputan.

"PDRM perlu berani berubah dan berterusan melaksanakan transformasi serta bersedia menerima perubahan yang inovatif dan kreatif bersesuaian dengan perubahan persekitaran semasa kea rah perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, bersesuaian dengan tema hari Inovasi PDRM tahun 2012 iaitu 'Komitmen Kolektif, PDRM Inovatif' ucap YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Antara intipati ucapan beliau, YDH Tan Sri Dato' Sri mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pengurusan kerana masih meneruskan penghasilan inovasi menerusi Strategi Lautan Biru di peringkat The 5th Wave Blue Ocean Policing : Creative Multiplication Of Police Presence. 

Tidak ketinggalan juga, pengiktirafan kepada Jabatan KDN/KA yang memperkenalkan banyak penghasilan inovasi yang memberi impak dan bernilai tinggi kerana dari 32 projek yang disumbangkan sepanjang tempok Konvensyen KMK dan KIK, 23 projek telah meraih kemenangan di tempat pertama hingga ketiga di peringkat Konvensyen PDRM sementara 8 projek daripada 23 projek tersebut pula meraih tempat pertama hingga ketiga di Konvensyen Peringkat Kementerian Dalam Negeri.

"Tahniah juga kepada Pengarah-pengarah, Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri kerana melalui perancangan yang teliti dan kesungguhan melaksanakan transformasi melalui inisiatif-inisiatif NKRA mengurangkan jenayah yang berteraskan inovasi, PDRM Berjaya menurunkan kadar Jenayah Indeks sebanyak 10.1% dan kadar Jenayah Jalanan sebanyak 43.0% bagi tempoh Januari hingga Mei berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2011", ucap YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Sempena Perasmian Sambutan Hari Inovasi PDRM Tahun 2012, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar juga turut menyampaikan hadiah kemenangan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif PDRM 2012. Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya menjuarai Kategori Teknikal dan Kumpulan Roda, IPD Ipoh, Perak pula menjuarai Kategori Pengurusan.

Naib Johan Kategori Teknikal, Kumpulan 'U-7' dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan,tempat Ketiga,Kumpulan T-Ganu Team dari IPPK Terengganu dan Naib Johan Kategori Pengurusan, Kumpulan 'Target', Briged Utara PGA Ulu Kinta , Ketiga pula Kumpulan Smart COPS, IPD Subang Jaya, Selangor.

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar juga turut menyempurnakan Penutupan Peringatan Hari Polis 2012, Penutupan Seminar Pemantapan 1 JKKK 1 Polis dan 1 Masjid 1 Polis dan seterusnya melancarkan Kempen Program 1 Perkhidmatan atau Produk, 1 Jabatan atau Kontinjen Polis Diraja Malaysia.

Pada sebelah malam pula, bertempat di Cindai Ballroom, Y.Bhg Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu telah hadir mewakili Y.Bhg Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu di Majlis Makan Malam Hari Inovasi Polis Diraja.

DSP Mohd Ismail bin Muslim, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Pembentangan Kertas Seminar 1 dalam Program 1 JKKK 1 Polis

Antara 150 orang Pegawai dan Anggota yang menghadiri seminar

Antara Pengerusi JKKK dan Imam Masjid seluruh Terengganu yang menghadiri seminar di Ri-Yaz Heritage Marina, Pulau Duyong, Kuala Terengganu

Antara Pengarah-Pengarah Jabatan yang hadir

Ucapan aluan oleh Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu

Ucapan oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Gimik...Perasmian Hari Inovasi dan Penutupan Peringatan Hari Polis Tahun 2012

Penyerahan Banner Kempen 1 Perkhidmatan Produk 1 Jabatan/Kontinjen/Daerah PDRM oleh Timbalan KPN

Penyampaian cenderahati kepada Panel Penilai Konvensyen KIK 2012, Encik Hasrizal bin Zainul

Barisan penerima Sijil Kepujian Ketua Polis Negara di atas sumbangan Program Inovasi dan Kualiti PDRM

Kumpulan Roda, IPD Ipoh, Perak menjuarai Kategori Pengurusan

Kumpulan Target dari Briged Utara PGA Ulu Kinta, Naib Johan Kategori Pengurusan

Tempat Ketiga Pengurusan Kumpulan Smart COPS, IPD Subang Jaya, Selangor 

Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya menjuarai Kategori Teknikal

Naib Johan Kategori Teknikal, Kumpulan ムU-7メ dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan

Tempat Ketiga kategori teknikal, Kumpulan T-Ganu Team dari IPPK Terengganu

Dato'Mohd Razali menyampaikan Sijil QE(5S) kepada Bukit Aman yang diwakli oleh Timbalan Ketua Polis Negara

Penyampaikan Sijil QE(5S) kepada Kontinjen Kuala Lumpur

Penyampaikan Sijil QE(5S) kepada Kontinjen Selangor

Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara kepada Pengarah Jabatan KDN/KA di atas sumbangan dalam menghasilkan secara aktif perkhidmatan/produk inovasi bernilai tinggi kepada PDRM melalui KIK

Penyerahan momento oleh KP Terengganu kepada KP Kedah sebagai tuan rumah Hari Inovasi Tahun 2013

Kontinjen Selangor...Johan Kategori Teknikal dan Ketiga Kategori Pengurusan


Bergambar kenananga bersama Timbalan Ketua Polis Negara

Ucapan YDH Ketua Polis Terengganu



Ucapan Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu

Penyampaian Cenderahati Kenangan

Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu beramah mesra dengan peserta-peserta Konvensyen


Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & L/Kpl Edwind Indo

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB