1Malaysia Privilege Card PDRM

Jumaat, 10 Ogos 2012 0 comments


PUTRAJAYA, 7 Ogos - YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini melancarkan 1Malaysia Privilege Card yang telah berlangsung di Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Centre (PICC) sebagai satu usaha kerajaan memperluaskan konsep 1Malaysia untuk meringankan perbelanjaan rakyat amnya dan para pegawai dan anggota Polis dan Tentera khasnya yang banyak menabur jasa serta bakti menjaga keselamatan dan keamanan demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat di Negara ini.

1Malaysia Privilege Card merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 atau National Blue Ocean Strategy (NBOS 6) yang memperlihatkan usahasama antara tiga kementerian iaitu Kementerian Kewangan sebagai peneraju, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Melalui program 1Malaysia Privilege Card ini, kira-kira 241,000 orang pegawai dan anggota Polis dan Tentera yang sedang berkhidmat akan dapat menikmati diskaun dan potongan harga yang disediakan apabila berbelanja di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.1Malaysia Privilege Card boleh digunakan dalam perbelanjaan barangan keperluan harian, alatan sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan serta beberapa kategori barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang terlibat.

Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian dan bulanan para pegawai dan anggota Polis dan Tentera berkenaan.Senarai syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program 1Malaysia Privilege Card akan diedarkan bersama kad tersebut dan sebarang tawaran diskaun terbaru dari semasa ke semasa akan dikemaskini melalui portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my yang dilancarkan juga pada hari ini.

Maklumat lanjut mengenai kad berkenaan dan lain-lain maklumat berkaitan boleh dicapai dengan melayari portal tersebut. Portal ini akan memudahkan para pengguna merujuk dan mendapatkan maklumat mengenai tawaran-tawaran berkaitan dan memudahkan syarikat-syarikat yang mewar-warkan barangan dan perkhidmatan yang diberikan.Pelangan program 1Malaysia Privilege Card ini merupakan satu lagi janji yang ditepati oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Usaha ini menunjukkan komitmen dan keseriusan kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia di mana kepentingan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut YB Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua, YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta Pegawai Tinggi ATM dan tetamu-tetamu jemputan.

AHLI-AHLI 1MALAYSIA PRIVILEGE CARD:
LAMAN RASMI KAD : www.1mprivilege.my

SENARAI RAKAN NIAGA KAD 1MALAYSIA PRIVILEGE
Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB