UNIT RONDAAN MOTOSIKAL PDRM DIPERHEBAT

Jumaat, 21 Disember 2012 0 comments

"...PDRM tetap fokus dan komited serta berwawasan untuk meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan serta berkonsep kepada 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam'..." - Ketua Polis Negara 

PUCHONG, 19 Dis
 - "Melalui inisiatif rondaan bermotosikal ini menunjukkan yang PDRM tidak bersikap komplasen dalam hal menjaga kesejahteraan rakyat dan konsultansi yang berterusan dengan PEMANDU dan formulasi strategi yang dipacu oleh Kementerian Dalam Negeri, pelbagai program telah digarap dengan meletakkan sasaran yang jelas telah dikenalpasti serta diperkemaskan untuk memantapkan lagi usaha mengurangkan jenayah bagi faedah masyarakat," ujar YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal PDRM Padang Awam BK 5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, hari ini. 

Sebanyak 560 unit motosikal telah disediakan untuk majlis pelancaran pada petang ini dan jumlah ini merupakan sebahagian daripada seribu unit yang akan diagihkan di kawasan-kawasan perumahan di enam negeri di bawah NKRA Fasa Dua, iaitu 268 unit di Selangor, 145 unit di Kuala Lumpur, 219 di Johor, 133 di Pulau Pinang, 135 di Perak, dan 100 di Kedah. 

Unit Rondaan Bermotosikal ini akan dilaksanakan dengan cara 'buddy system' iaitu dua buah motosikal akan membuat rondaan selama 24 jam di kawasan perumahan dalam tiga syif. 

Motosikal ini juga akan dilengkapi dengan sistem lampu serta siren dan rondaan unit ini akan meliputi kawasan-kawasan sibuk seperti kawasan perniagaan, perindustrian, taman rekreasi dan sekolah. 

Majlis pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media. 


YDH Ketua Polis Selangor bersama YDH Timbalan Ketua Polis Selangor




Antara jabatan KDN yang turut hadir



Pendaftaran Persatuan Penduduk




Antara pameran di tapak pelancaran





Gambar sekitar forum "United Against Crime"






Ketibaan YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pegawai Kanan Polis dan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri diiringi oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara 


Nyanyian lagu "Negaraku"



Persembahan "War Chant" dari Komando 69



Persembahan Unit Pencaragam PDRM



Bacaan doa oleh YDH Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman


Pentas Utama


Ucapan oleh Wakil Persatuan Penduduk


Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara 


Ucapan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia



Gimik Pelancaran Motosikal



Pemeriksaan motosikal oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia


Penyampaian cenderahati kenangan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia







"Flag-Off" oleh YAB Perdana Menteri Malaysia



YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bermesra dengan anggota Polis Bantuan


Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & L/Kpl Edwind Indo

Sumber : www.rmp.gov.my

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB